Wednesday, October 21, 2009

Salam Perkenalan Dariku...



Salam perkenalan buat semua... Hari ini dengan bantuan suami terjadilah blog aku yang tak seberapa nak menjadi ni... Sebenarnya dah lama aku teringin nak ada blog sendiri macam kawan - kawan kat wmc.. tapi tak tahu macam mana nak mula. Selama ini aku hanya duk membelek blog orang. Aku suka tengok dekorasi ala inggeris yang dipaparkan memandangkan aku jugak peminat deko ala inggeris ni.. Rumah aku pun baru setahun jagung bertemakan dekorasi ala inggeris.. Bukannya betul2 kira ala2 aje la.... taklah sehebat rumah blogger2 yang lain.


Dulu aku pernahla cuba konsep moden kontemporari kat umah ni... pernahlah dapat jadi finalis untuk pertandingan kediaman impian anjuran majalah impiana... tapi finalis je la... Tapi yang peliknya minat untuk menghias rumah ala inggeris ni muncul pada hari aku ke Shangrila Putrajaya... untuk majlis penyampaian hadiah pertandingan tu... Aku tiba awal pagi di KL sedangkan majlis bermula pukul 2 ptg. So, aku dan hubby singgahla ke Romantika & KK Home Deco di Metropoint Kajang.. Dari situlah segalanya bermula... Misi Sopping sakan aku pun bermula... Mujurlah hubbyku sporting bab deko mendeko ni... Aku terpaksa stop dulu aktiviti menghabiskan duit hubby sebab nak rush ke Putrajaya lak... Pas tu nak kena balik Trg lak... Baby tinggal kat umah....

No comments:

Post a Comment